Alhamdulillah dalam sedar tak sedar kita sudah hampir di penghujung bulan Ramadhan dan kita juga masih lagi diberi kekuatan untuk terus thabat dan istiqamah dalam menjalankan ibadat puasa hingga ke hari ini..
Mungkin ada para ihkwah yang sering mengunjung ke blog muslimkini untuk mengetahui perkembangan artikel-artikel terbaru. Pihak editor mohon maaf kerana sudah lama tak post artikel-artikel baru dalam ruangan blog muslimkini. Kalau ikut hati memang setiap hari nak menaip je.. tapi memandangkan program dan tugas harian di rumah agak padat sikit bulan puasa kali ini. Dengan program Qiamullail, program perbentangan tarikh Khalifah ar-Rasyidin, diskusi Fiqh puasa, program renungan malam, tazkirah dan juga lain-lain. Kalau tak join rugi, nak tak nak terpaksa join selesaikan satu persatu
Ya ikhwati fillah..
Baru-baru ni saya singgah di satu masjid di Sana`a untuk solat zohor. Lepas solat tu saya berdiri di belakang masjid dan membaca satu poster ilmiah yang tertempek di dinding masjid tersebut. Isi yang ada dalam poster ilmiah amat ringkas tapi memberi erti teguran yang amat mendalam. Ianya berkenaan dengan hati dan anggota jiwa-jiwa mukmin. Tajuk poster itu dipetik dari sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud..
“janganlah sesuatu kaum mencela dan merendah-rendahkan kaum Yang lain” al-Hujrat ayat 11
Terdetik di hati dan bermuhasabah kembali erti kehidupan manusia yang sebenar. Semua insan dijadikan dari usul dan rumpun yang sama. Baik mana seseorang itu ianya tetap manusia begitu juga sekiranya jahat mana pun seseorang itu tetap juga digelar manusia.
Manusia sering kali diganggu dengan hasutan syaitan, namun tidak dapat tidak manusia akan terlalai jua kecuali dengan memelihara iman dan taqwa.
Sikap mencela, mencaci juga mencerca adalah sikap yang dipandang tidak baik dan tidak bermoral. Iainya juga menjejaskan imej peribadi akhlak seorang muslim.
Bagaimana dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda : mencela seorang muslim itu fasik, dan membunuhnya adalah kafir.
Betapa tinggi nilai harga diri seorang muslim yang Allah letakkan pada kita. Justeru itu, haruslah kita memilihara setiap tindakan kita mahupun sikap dan akhlak terhadap peribadi-peribadi mukmin yang lain. Terkadang kita sendiri tidak tahu kebaikan yang ada pada mukmin yang lain. Adakalanya kita sendiri lupa akan kebaikan yang pernah dilakukan oleh mukmin tersebut pada kita. Oleh itu jauhilah dari sikap mencerca dan mencela.
Sabda Rasulullah : “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau berdiam”
Mazda Miata Car Club
9 years ago
No comments:
Post a Comment