Pages

Tuesday, July 28, 2009

Jangan tegur



Kalau tengok pada tajuk pasti ada yang berkata tajuk macam sebuah filem seram yang baru ditayangkan di Malaysia dalam tahun 2009. tajuk je sama tapi isi yang nak disampaikan takde kaitan dengan filem tu. Cuma ingin jadikan sebagai bahan nasihat untuk para pembaca.

Terdetik di hati ingin menulis artikel “jangan tegur” apabila saya terbaca luahan Dr. Asri Zainal Abidin dalam laman webnya yang bertajuk “jika pas sudi mendengar”.
Kemudian luahan tersebut mendapat respon dari ketua pemuda pas. Alhamdulillah bagi saya luahan dan teguran tu dapat dibaca sebahagian pembaca yang menyokong pas dan respon yang diberi oleh ustaz nasaruddin tantawi tu amat bagus. Setelah membaca kedua-dua laman web tersebut saya teringat salah satu ceramah politik yang saya pernah dengar dari CD yang mana ceramah tersebut disampaikan oleh seorang “Ustaz”. Dalam ceramah beliau terkeluar kata-kata cacian dan maki hamun terhadap pemimpin kerajaan dan juga ustaz-ustaz yang tak sealiran dengan beliau.

Barisan penceramah politik atau lebih mudah kita kata ceramah politik dari barisan altenatif atau lebih dikenali parti pembangkang, kebanyakkannya dari ustaz-ustaz dan para ilmuan agama. Kalau orang yang sampaikan ceramah tu bukan golongan ustaz saya lihat mereka akan cakap tentang perkara-perkara penting sahaja bersih dari segala cercaan dan mai hamun. Dan masej yang ingin mereka sampaikan pada rakyat dapat diterima. Tapi bila golongan ustaz naik bercakap tentang politik banyak yang diselitkan dengan cacian dan maki hamun. Terkadang masej yang nak disampaikan takde sangat, yang banyak hanya omong kosong dan cari pengaruh. Malah tiada motif dan tiada masej.

Tapi perkara begini bukan terjadi pada semua ustaz-ustaz. Hanya sebahagian yang bersemangat dalam satu perkara sahaja. Namun timbul persoalan, kenapa ada insan yang bergelar “ustaz” bersikap begini ? soalan-soalan seperti ini jika datang pada saya yang masih belajar mungkin tidak hairan. Tapi jika timbul soalan-soalan ni pada golongan bukan agama atau pekerja kilang atau orang awam yang tak pernah belajar agama. Adakah tak rasa malu atau mereka merasa bangga lagi hanya kerana dapat nama boleh bercakap depan kyalayak ramai ?

Fenomena seperti ini banyak berlaku di kalangan orang-orang agama. Tak kira yang berada dalam negara atau di luar negara. Apabila satu perkara atau perbuatan dilakukan oleh “Ustaz” orang akan ambik dan dikira boleh diguna pakai walaupun perkara itu tidak betul atau amalan yang kurafat yang tiada nas dalil langsung. Ini disebabkan tiada teguran kepada golongan ustaz, atas sebab orang kata ustaz ni banyak ilmu, dia lebih tahu mana yang haq dan mana yang batil. kita nak belajar pada ustaz. nak ambik ilmu dari dia, jadi kita hormati dia dan ambik semua kata-kata dia, dan ada juga kata apa yang ustaz ni buat semuanya betul.


Tidak berani tegur.
Seperti mana yang sering kita dengar sepotong hadis rasulullah menyebut “Ad-din an-nasihah. Dan sering kita dengar ayat al-Quran yang bermaksud :
Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Sebagai seorang mukmin sepatutnya berani menegur atas mukmin yang lain, atas dasar teguran itu adalah tanda ukhuwah kita. Dan biarlah teguran yang kita ingin sampaikan bermotif, bermasej dan disampaikan dengan penuh cara dan hikmah.

Seperti disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran :

Serulah (berdakwah) olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhan mu dengan hikmah(bijak), dan peringatan yang baik serta dialog(mujadalah) yang baik

Tidak dinafikan setiap manusia tidak lari dari kesilapan. Walau dari apa golongan sekalipun sama ada dia ustaz atau bukan ustaz. Cuma cara dan sikap kita ingin menegur biarlah kena pada caranya dan bertepatan dengan cara islam kehendaki.

Rasa ingin menegur atas sebab tidak puas hati dari setengah golongan mesti ada, tapi masih banyak terjadi cara penyampaiannya tidak tepat dengan cara yang diajar oleh rasulullah SAW. Kalau di negara saya belajar ni masih ada golongan yang terlalu “agrasif dan kolotisme” dalam satu perkara. Sehingga sanggup menyerang dan pukul atas mana-mana individu yang mereka rasa tidak puas hati. Jika terdengar mana-mana individu yang ada melakukan kesilapan, terus ingin pergi “menyerang atau pukul individu tersebut”. Yang peliknya,mereka yang bersikap begini adalah pelajar lepasan sekolah menengah agama dan bila datang yaman mereka menyambung pengajian jurusan agama juga.

Adakah itu jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah yang mereka rasa tidak puas hati ?
Berbagai peristiwa yang berlaku di tempat saya belajar ni, antara peristiwa yang paling hangat adalah“mengepung dan memukul sesama pelajar agama”. Perkara begini sering berlaku pada pelajar di sekitar timur tengah. Sebab berlaku perkara begini daripada perkara yang kecil sahaja. Antaranya hanya disebabkan berbeza jemaah atau tidak sealiran dalam fahaman politik. Dan ada juga disebabkan berbeza dalam fahaman mazhab. Ada juga berlaku disebabkan hanya kerana tidak sertai persatuan pelajar sahaja. Sebab tu saya berani menyebutkan mereka ni adalah golong kolotisme. Iaitu mempubyai fikiran yang “kolot”.

Ada bebarapa faktor berlakunya perkara begini, antaranya :

1- Sikap marah dan cetek pemikiran.
Banyak masej dan risalah nabi Muhammad SAW yang sampai pada kita, kalau di tempat saya belajar ni rasa-rasanya semua yang belajar pernah dengar hadis-hadis nabi tentang “marah”. Apa itu marah? Apakah dan keburukan marah ? bagaimaa nak hindar dari sifat marah? Hanya golongan yang terpelajar dan mempunyai pemikiran yang luas sahaja mampu berfikir hikmah bersabar dan mampu menahan marah dalam setiap perkara. Bagi orang yang berilmu, setiap perkara yang dilakukan adalah dengan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Apakah kesan dalam melakukan satu perkara ? adakah menimbulkan perkara yang positif atau negatif.
2.Taksub.
Biasanya golongan yang tidak berilmu dan tidak beramal dengan apa yang dipelajari akan terpengaruh dengan pemikiran fanatik atau dalam bahasa arabnya “taksub”. Taksub pada pelajar agama ni banyak pecahannya antaranya taksub dengan parti politik, taksub dengan mazhab dan taksub persatuan. Terkadang berlaku perkara yang buruk (menyerang dan memukul satu individu) adalah dari perkara yang terlalu kecil. Contohnya hanya berbeza dalam menyokong satu jemaah atau parti politik sahaja. Atau hanya tidak sertai persatuan mereka.

3- Jumud.
Jumud adalah tiada keterbukaan dan tiada sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara. Biasanya timbul pemikiran jumud apabila individu tersebut sudah fanatik dengan satu perkara dan tidak boleh menerima mana-mana pandangan dari pihak lain. Sikap jumud biasanya berlaku pada individu yang kurang pendedahan luar, kurang berkongsi pendapat dengan orang, tidak pernah berbincang untuk menyelasiakan malasah. Kalau di tempat saya belajar ni, ada segolongan pelajar berminat belajar talaqi pada seorang syekh muhaddis dan juga pernah menjadi qadi. Apa saja masalah agama mereka akan rujuk dan tanya pendapat syekh tersebut. Terkadang masalah ditanya adalah masalah furu` dan masalah yang tidak Qat`ie. Kemudian mereka akan pegang dengan fatwa syekh tersebut dan akan sebarkan pada semua pelajar. Ada juga sebahagian pelajar tidak merima pendapat fatwa syekh tersebut atas sebab mereka sendiri rujuk dan belajar dari syekh yang lain. Apabila timbul perbezaan pendapat begini, si pihak yang berpegang pada pendapat syekh qadi tadi akan cuba menyerang pelajar yang menolak fatwa mereka,sehingga sanggup memukul dan menumbuk. Sepatutnya cara yang kita sudah pelajari, dalam menyelesaikan satu masalah furu` atau masalah hukum fiqh adalah sama-sama berbincang dan berkongsi pendapat cara ilmiah.


4- Tidak pernah ditegur.
Dalam kitab-kitab ilmu tazkiah (akhlak diri) seperti kitab ihya ulumuddin karangan Imam Ghazali dan kitab tazkiyah al-anfus karangan syekh Said Hawa, banyak menyebut tentang “hati yang lupa diri” atau dalam bahasa arabnya “Ghar”. Ghar adalah sikap yang lupa diri, ia timbul pada individu yang merasakan dirinya hebat dari orang lain, apa yang ia lakukan adalah betul, segala pendapatnya patut diterima oleh semua orang. Dan merasakan individu lain tidak patut diterima sama ada pendapat ilmunya. atau Jika orang tu adalah orang berilmu dia merasakan ilmunya adalah terbaik dari orang lain. Biasanya timbul perkara “Ghar” daripada sebahagian golongan yang berpangkat dan ada jawatan dalam satu badan organisasi atau ada berpangkat. Tambah pula kalau individu tersebut adalah orang yang berpengaruh. Biasanya pada individu seperti ini susah ditegur dan tiada siapa yang berani menegur. Apatah lagi jika sekiranya orang tu adalah bergelar “ustaz”. Kerana golongan ustazlah yang banyak tahu dan banyak ilmu dari orang yang bukan ustaz. “Siapa yang berani tegur ustaz ?” “jangan tegur ustaz” “kamu ustaz atau saya yang ustaz ?”




5-Ikut nafsu.
Syaitan adalah musuh utama bagi manusia dan bagi orang mukmin. Namun, gangguan syaitan pada orang mukmin akan terus mendekati dan menghasut orang-orang mukmin sehingga mereka berjaya. Sikap buruk dan jahat adalah datang dari hati yang selalu ikutkan nafsu dan kehendak syaitan. Bagi mereka yang tidak dapat mengawal hati dan tidak dapat bersabar dengan satu perkara adalah mereka yang mengikut kehendak syaitan dan tewas dalam mengawal diri sendiri. Banyak cara penawar untuk mengawal nafsu dari kemarahan. Antaranya berwuduk, membaca al-Quran dan solat sunat.

Ini sekadar teguran dan nasihat yang ingin saya sampaikan pada pembaca dan semua muslimin terutama yang belajar agama. Kerana pelajar agamalah yang bakal menjadi pemimpin bagi masyarakat di Malaysia. Jangan kotorkan imej seorang ustaz dengan sikap-sikap yang kurang baik. Iman dan taqwa mestilah dipupuk dan dipelihara. Jangan jadi ustaz yang hanya lantang bercakap sahaja tapi tapi kosong dari masej dakwah dan tarbiah. Yang ada hanya omong kosong dan kata-kata yang tak bermesej islamik. Jadilah ustaz yang intelek dan berfikiran terbuka dalam melakukan sesuatu perkara.

Akhir sekali, terimalah teguran dari siapa sahaja.