Pages

Monday, October 26, 2009

MODAL INSAN

Apakah yang dimaksudkan "modal insan" ?
Modal insan ialah sesuatu tindakan yang bermula dari hati. Kerana insan itu ada konotasi dengan perkaitan agama. Hati yang bersih akan merangsang minda untuk menjadi positif, minda yang positif akan merangsang tindak-tanduk yang cemerlang, dan tindak-tanduk yang cemerlang akan menghasilkan natijah yang cantik.

Modal insan juga ialah pembangunan hati, jati diri dan merangsang minda serta tindakan.


Bagaimanakah nabi Muhammad SAW membina modal insan ?
Sejak zaman Rasulullah SAW sememangnya telah wujud pembinaan modal insan yang diajar dan dididik berlandaskan agama Islam. Nabi Muhammad SAW telah membentuk modal insan penduduk di makkah Selama 13 tahun. Apakah strategi dan kaedah yang diguna pakai oleh nabi Muhammad SAW ?

Modal insan melalui hati. kerana iman letaknya di hati dan apabila kita menyebut syahadah yang lahir dari mulut sebenarnya ditaklikkan dari hati. Melalui hati akan adanya penghayatan iman bukannya melalui minda.

Kita tidak boleh menterjemahkan iman hanya berdasarkan logik. Hal ini tidak tepat mentafsirkan sebegitu. Iman terletak di hati dan dari hati merangsang otak untuk berfikir. Misalnya, jika kita berkata pada diri, aku mahu menjadi orang yang bertakwa dan beriman. Apakah yang sepatutnya aku buat adan apakah tindakan yang perlu dilakukan ?

Rasulullah SAW membentuk modal insan menggunkan kaedah yang paling asas, syumul dan paling sempurna. Baginda membangunkan modal insan dengan membentuk takwa dan membetulkan iman terlebih dahulu.
Sebenarnya, itulah cara dan kaedah yang paling tepat untuk membangunkan modal insan yang cemerlang. Bukan sahaja di dunia, mlah cemerlang di akhirat.

Bagaimakah pendekatan yang perlu diambil untuk merangsang para siswa sebagai modal insan adalah yang terpenting bagi membersihkan jati diri ?
Jati diri ialah konsep yang cantik, tetapi perlu menggunakan hati. Apabila hati mengawal minda, minda pula akan mengawal tindakan dan akhirnya tindakan akan mengawal hasil.

-Pembangunan modal insan meliputi hati yang hebat dan murni, minda yang positif, cerdas, tindak-tanduk yang cemerlang dan menghasilkan sesuatu yang baik dan terbaik.

-Segala tindak-tanduk manusia baik dari segi pelajaran dan kepimpinan serta semua aspek akan menjadi hebat. Kerana yang menggerakkan semua ini ialah manusia. Definisi modal insan boleh diterjemahkan perbagai cara, tetapi perlulah dikenal pasti definisi yang paling praktikal dan memberikan manfaat.

-Sepatutnya untuk membangunkan modal insan secara bernas,berkesan dan yang mungkin menjadi model ikutan negara atau bangsa lain. Kita seharusnya mempunyai badan khusus yang menggabungkan ulama dan umarak untuk berbincang serta bertukar-tukar buah fikiran secara berkala bagi isu-isu yang berkaitan. Dan salah satu cara yang berkesan untuk membangunkan modal insan yang berjaya, kita perlu menggabungkan ilmu terkini yang berteraskan agama. Ertinya, kita mesti intelektualkan ulamak dan mengulamakan intelek. Jika kita gagal dalam membentuk manusia yang hebat untuk mengusai segala bidang, samada bidang agama, ekonomi,kebudayaan atau sebagainya, kita perlulah menggabungkan segala bidang dengan agama dan bertukar-tukar pandangan sesama secara bijak pandai. Hal ini akan melahirkan modal insan yang cukup hebat.

Adakah masalah jumud dan emosi dalam sebahagian kalangan siswa berkait rapat dengan masalah modal insan ?
Isu masalah jumud,eksterim dan kolot berfikir dalam kalangan siswa sangat berkait rapat dengan modal insan. Kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana individu samada dari siswa atau bukan siswa, yang pentingnya kita cari di mana silapnya dia atau kita perlulah diperbaiki dan betulkan bersama-sama. Inilah pendekatan terbaik yang harus diambil.


Bagaimanakah cara dan kaedah yang betul untuk membangunkan modal insan yang sebenar ?
Kayu ukur yang paling sesuai dalam membangunkan modal insan yang seimbang adalah dengan menggunakan kaedah 10Q

Apakah yang dimaksudkan 10Q ?
Yang dimaksudkan 10Q itu ialah :
1- Intelligent quotient : aras kepintaran, iaitu perkara yang berkait rapat dengan kemantapan intelektual.
2- Emotional quotient : kemantapan emosi, yang memerlukan keselesaan persekitaran yang secara langsung membantu perkembangan emosi yang baik.
3- Religious quotient : bertujuan memastikan keseimbangan dalam membangunkan modal insan. Bukannya secara tempelan, iaitu hanya tertumpu pada satu aspek sahaja, sebaliknya perlu melihat aspek-aspek lain yang belum dibangunkan.
4- Social quotient : kemahiran sosial : iaitu pendekatan atau cara sesuatu factor itu mampu memantapkan hubungan sosial sesama manusia. Misalnya, bahasa melayu adapt perpaduan di Malaysia.
5- Adversity quotient : aras ketabahan.
6- Motication quotient : aras motivasi dan semangat penakatan atau survival. Iaitu kemantapan dan kesediaan bangsa itusendiri untuk merangsang diri dan orang lain agar berjaya. Modal insane yang dikatakan hebat mampu dan serta berjaya merangsang diri dan juga orang lain untuk menjadi hebat.
7- Verbal quotient : aras kepntaran mengungkap kata yang memerlukan seseorang itu mhir berkomunikasi dengan baik dan berupaya menungkap maksud yang sebenar. Selain itu, kita berupaya berfikir untuk menggunapan perkataan yang hebat.
8- Loyalty quotient : transformasi diri melalui aras kesetiaan yang menjelaskan cara kita mengukur aras ketaatan dan kesetiaan seseorang manusia. Kesetiaan juga dapat mendidik dalam modal insane. Manusia yang setia akan menjadi hebat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Kesetian bermula daripada ketaatan pada Allah.
9- Physical quotient : kepintaran fizikal,amalan, dan penampilan.
10- Balance quotient : aras keseimbangan yang menerangkan cara untuk mengimbangi manusia dalam semua aspek yang diterokai serta cara mengimbangi modal insan yang sebenar.

#Petikan motivasi Dr. Fadhilah Kamsah dari majalah Dewan Ekonomi Mac 2008. dan rujukan sebahagian buku-buku Modal Insan.

Friday, October 9, 2009

Bantulah saudara kita di Indonesia.

Dua tiga hari lepas saya bertemu seorang ikhwah Indonesia yang sedang menuntut di Universiti Al-Iman Yaman. Saya bertanyakan khabarnya dan juga khabar berita keluarga dari Indonesia. Kebetulan ikhwah indo ini berasal dari daerah sumatera juga dan tidak jauh dari tempat berlakunya gempa bumi.

Ikhwah tersebut menceritakan keadaan keluarganya. Katanya Alhamdulillah semua nyawa ahli keluarganya selamat cuma keadaan rumah kakaknya yang pecah dan retak akibat gegaran. Beliau menceritakan juga keadaan kakaknya yang membawa anak-anaknya untuk selamatkan selamatkan diri keluar meninggalkan rumah di tengah malam dalam keadaan hujan. Mereka tidak dapat berlindung dan berteduh pada malam itu. Akhirnya kakak ikhwah tadi bersama anak-anaknya hanya berlindung di dalam selimut di tengah-tengah hujan dari tengah malam hingga ke pagi.

Ikhwati fillah..
Betapa sedihnya apabila kita dengar berita ikhwah yang seagama dengan kita dan juga berjiran dengan Negara kita ditimpa musibah yang tidak diduga sehingga hilang tempat perlindungan, hilang tempat bergantung dan yang paling menyedihkan apabila hilang nyawa ahli keluarga mereka di dalam runtuhan batu-batu yang terhumban di atas tubuh mayat-mayat keluarga mereka…

Muslimkini menyeru pada ikhwah semua supaya sama-sama kita ringankan tangan, hulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam ini. Yang hilang nyawa kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah. Dan yang hilang tempat perlindungan dan juga tiada tempat ingin bergantung, biarlah kita sama-sama bangun membantu mereka sehingga dapat berteduh dan berlindung sepertimana kita yang selamat dapat berlindung.

Di Malaysia kita masih mampu membeli sebungkus nasi untuk mengisi perut dan masih mampu tidur di tilam walaupun tilam yang nipis. Akan tetapi sukar bagi saudara kita di Indonesia yang ditimpa musibah ingin merasakan sebungkus nasi walau berlaukan tempe dan hanya tidur di atas tanah di tengah-tengah hujan. Rumah mereka hancur, keluarga mereka hilang, barang-barang dan wang mereka juga hilang. Yang ada nyawa sendiri dan juga nyawa ibu dan anak-anak mereka sahaja untuk diselamatkan.

Kita harap semua badan pertubuhan, persatuan, badan kerajaan, badan bukan kerajaan, pakatan rakyat dan semua anggota mahasiswa dari serata dunia dapat mengumpulkan bantuan untuk mangsa bencana alam di sumatera..

Sunday, October 4, 2009

Jangan tunjuk pandai kalau tak pandai.

Sering diperkatakan oleh sebahagian masyarakat, mengapa sejak mutakhir ini semakin banyak golongan agama yang masih berfikiran kolot dan tidak relevan dalam memberikan hujjah atau dalil dalam memperkatakan hukum agama ? bila timbul persoalan begini, ada sebahagian cuba mencari jawapan dan mempertahan hujjah sendiri dan ada juga yang melenting disebabkan tidak menerima kritikan dan komen masyarakat.

Ikhwati fillah…
Dalam mendalami ilmu agama, mungkin sebahagian daripada para penuntut ilmu agama ada yang bersikap ekstrim dan ada yang lantang bercakap tentang hukum-hakam islam dengan ilmu yang sudah dipelajari walaupun hanya ilmu yang baru diperolehi dengan satu hadis atau sepotong ayat al-quran sahaja. Sebenarnya kita jangan anggap atau merasakan ilmu yang kita dapat baru sedikit cukup kita memberi pandangan yang agak syadid atau tiada perbahasan lain dengan satu masalah. Setiap ilmu yang dipelajari mestilah ada pangkal dan usul dan ada kaedah usul untuk mengatakan satu hukum. Dan setiap usul dan kaedah itu mestilah perlu difahami betul-beul maksud daripada definasi setiap usul itu sendiri.

Ada golongan agama yang minat mempelajari ilmu hadis tetapi tidak tahu ilmu mustalah hadis, ada juga suka mempelajari ilmu fiqh tetapi tidak tahu ilmu usul fiqh, ada yang mempelajari ilmu tafsir tetapi tidak tahu ilmu usul tafsir dan ramai juga suka berdakwah tetapi tidak tahu uslub dakwah.

Setiap ilmu yang kita pelajari mestilah ada kaitan dengan ilmu usul dan kaedah usul. Bukan sekadar hanya belajar hadis atau tafsir tentang hukum-hakam agama kita sudah merasakan ilmu kita sudah cukup untuk dijadikan dalil atau hujah atas setiap masalah. Sebab itu bila timbul satu masalah yang furuk atau bukan qat`ie sebahagian ahli ugamawan yang baru mempelajari sedikit ilmu ada ingin melenting dan ekstrim dalam memberi hujah atau hukum. Tidak kira samada masalah tersebut adalah daripada masalah mazhab atau masalah umum.

Di sini kita sendiri dapat membezakan antara orang yang faham agama dan orang yang mendalami ilmu agama. Orang yang faham agama kadang lebih tahu dan lebih pandai mempraktikkan agama itu sendiri lebih dari orang yang mendalami ilmu agama. Sebahagian golongan yang mempelajari ilmu agama terkadang syadid atau lantang dalam memberikan dalil atau hujah dalam masalah agama walaupun daripada masalah kecil dan ada yang hingga sanggup mencela kepada golongan yang tidak sependapat dengan hujjahnya. Dan bagi golongan yang faham agama pula akan membandingkan hukum dengan kesesuaian masa,keadaan dan tempat. dan sebahagian mereka ini lebih pandai memahami ilmu-ilmu agama dalam menggunakan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Sebab itu terkadang timbul tohmahan daripada masyarakat keliling dan juga daripada bukan ahli agama yang mengatakan bahawa banyak golongan graduan agama dan juga ahli agama berfikirin cetek dan jumud dalam mengeluarkan hukum satu masalah. Kemungkinan ianya timbul disebabkan daripada masalah konteks kefahaman usul dan penggunaan kaedah dalil hukum-hakam islam agak kurang. Sebagai contoh, di Negara Arab Saudi tidak membenarkan wanita memandu kereta, begitu juga di Yaman wanita tidak dibenarkan keluar dengan tanpa menutup muka(memakai furdah). Adakah kita boleh membandigkan hukum tersebut di Malaysia dan kita boleh menyuruh semua rakyat Malaysia mengikut dan melaksanakan hukum seperti di Arab Saudi dan Yaman ? mungkin ada sebab dan keadaan yang menyebabkan sesetengah tempat meletakkan hukum yang melarang dan membenarkan melaksanakan satu hukum.

Keterbukaan dalam berfikir dan juga mencari bahan maklumat tambahan amat penting bagi setiap golongan terutama golongan yang mendalami ilmu agama. Mungkin sebahagain golongan agama tidak memahami suatu hukum disebabkan kurangnya pengetahuan luar dan kurang dalam mencari bahan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan juga isu-isu semasa,ianya menyebabkan juga orang keliling semakin mentohmah golongan agama banyak yang jumud dan cetek pemikiran. Dari sebab ini juga banyak yang malas mengkaji dan berfikir bagaimana cara ingin mengatakan satu hukum berdasar al-quran dan hadis disertai kaedah usul dan ilmu usul dengan mengikut kesesuaian dengan sesuatu masa dan keadaan. Akhirnya bila timbul permasalahan hukum walaupun ianya dari masalah khilaf atau furuk mereka hanya memberi pandangan yang syadid dengan dalil dan hujah yang mereka tahu, dan ada juga yang hanya mampu bertanyakan pada golongan yang arif seperti syekh dan para alim ulama dengan tanpa mengkaji sendiri. Inilah yang dikatakan para ugamawan yang hanya bertaklid dan malas mempelajari sendiri dan juga malas mengkaji. Golongan inilah yang sering menonjolkan diri seperti orang yang alim dan bijak dalam mengeluarkan suatu hukum. Sedangkan golongan lain tidak mengambil kira sebarang hukum dan hujah yang dikeluarkannya kerana tidak kesesuaian dengan semasa dan keadaan.

Oleh itu, jangan kita hanya tunjuk pandai kalau tak pandai dan jangan tunjuk alim kalau tak belajar. Jadilah ahli agama yang celik dan intelek bukan tidak celik dan cetek. Masyarakat di Malaysia sekarang sudah ramai berfikiran terbuka dan terpelajar..