Sering diperkatakan oleh sebahagian masyarakat, mengapa sejak mutakhir ini semakin banyak golongan agama yang masih berfikiran kolot dan tidak relevan dalam memberikan hujjah atau dalil dalam memperkatakan hukum agama ? bila timbul persoalan begini, ada sebahagian cuba mencari jawapan dan mempertahan hujjah sendiri dan ada juga yang melenting disebabkan tidak menerima kritikan dan komen masyarakat.
Ikhwati fillah…
Dalam mendalami ilmu agama, mungkin sebahagian daripada para penuntut ilmu agama ada yang bersikap ekstrim dan ada yang lantang bercakap tentang hukum-hakam islam dengan ilmu yang sudah dipelajari walaupun hanya ilmu yang baru diperolehi dengan satu hadis atau sepotong ayat al-quran sahaja. Sebenarnya kita jangan anggap atau merasakan ilmu yang kita dapat baru sedikit cukup kita memberi pandangan yang agak syadid atau tiada perbahasan lain dengan satu masalah. Setiap ilmu yang dipelajari mestilah ada pangkal dan usul dan ada kaedah usul untuk mengatakan satu hukum. Dan setiap usul dan kaedah itu mestilah perlu difahami betul-beul maksud daripada definasi setiap usul itu sendiri.
Ada golongan agama yang minat mempelajari ilmu hadis tetapi tidak tahu ilmu mustalah hadis, ada juga suka mempelajari ilmu fiqh tetapi tidak tahu ilmu usul fiqh, ada yang mempelajari ilmu tafsir tetapi tidak tahu ilmu usul tafsir dan ramai juga suka berdakwah tetapi tidak tahu uslub dakwah.
Setiap ilmu yang kita pelajari mestilah ada kaitan dengan ilmu usul dan kaedah usul. Bukan sekadar hanya belajar hadis atau tafsir tentang hukum-hakam agama kita sudah merasakan ilmu kita sudah cukup untuk dijadikan dalil atau hujah atas setiap masalah. Sebab itu bila timbul satu masalah yang furuk atau bukan qat`ie sebahagian ahli ugamawan yang baru mempelajari sedikit ilmu ada ingin melenting dan ekstrim dalam memberi hujah atau hukum. Tidak kira samada masalah tersebut adalah daripada masalah mazhab atau masalah umum.
Di sini kita sendiri dapat membezakan antara orang yang faham agama dan orang yang mendalami ilmu agama. Orang yang faham agama kadang lebih tahu dan lebih pandai mempraktikkan agama itu sendiri lebih dari orang yang mendalami ilmu agama. Sebahagian golongan yang mempelajari ilmu agama terkadang syadid atau lantang dalam memberikan dalil atau hujah dalam masalah agama walaupun daripada masalah kecil dan ada yang hingga sanggup mencela kepada golongan yang tidak sependapat dengan hujjahnya. Dan bagi golongan yang faham agama pula akan membandingkan hukum dengan kesesuaian masa,keadaan dan tempat. dan sebahagian mereka ini lebih pandai memahami ilmu-ilmu agama dalam menggunakan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Sebab itu terkadang timbul tohmahan daripada masyarakat keliling dan juga daripada bukan ahli agama yang mengatakan bahawa banyak golongan graduan agama dan juga ahli agama berfikirin cetek dan jumud dalam mengeluarkan hukum satu masalah. Kemungkinan ianya timbul disebabkan daripada masalah konteks kefahaman usul dan penggunaan kaedah dalil hukum-hakam islam agak kurang. Sebagai contoh, di Negara Arab Saudi tidak membenarkan wanita memandu kereta, begitu juga di Yaman wanita tidak dibenarkan keluar dengan tanpa menutup muka(memakai furdah). Adakah kita boleh membandigkan hukum tersebut di Malaysia dan kita boleh menyuruh semua rakyat Malaysia mengikut dan melaksanakan hukum seperti di Arab Saudi dan Yaman ? mungkin ada sebab dan keadaan yang menyebabkan sesetengah tempat meletakkan hukum yang melarang dan membenarkan melaksanakan satu hukum.
Keterbukaan dalam berfikir dan juga mencari bahan maklumat tambahan amat penting bagi setiap golongan terutama golongan yang mendalami ilmu agama. Mungkin sebahagain golongan agama tidak memahami suatu hukum disebabkan kurangnya pengetahuan luar dan kurang dalam mencari bahan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan juga isu-isu semasa,ianya menyebabkan juga orang keliling semakin mentohmah golongan agama banyak yang jumud dan cetek pemikiran. Dari sebab ini juga banyak yang malas mengkaji dan berfikir bagaimana cara ingin mengatakan satu hukum berdasar al-quran dan hadis disertai kaedah usul dan ilmu usul dengan mengikut kesesuaian dengan sesuatu masa dan keadaan. Akhirnya bila timbul permasalahan hukum walaupun ianya dari masalah khilaf atau furuk mereka hanya memberi pandangan yang syadid dengan dalil dan hujah yang mereka tahu, dan ada juga yang hanya mampu bertanyakan pada golongan yang arif seperti syekh dan para alim ulama dengan tanpa mengkaji sendiri. Inilah yang dikatakan para ugamawan yang hanya bertaklid dan malas mempelajari sendiri dan juga malas mengkaji. Golongan inilah yang sering menonjolkan diri seperti orang yang alim dan bijak dalam mengeluarkan suatu hukum. Sedangkan golongan lain tidak mengambil kira sebarang hukum dan hujah yang dikeluarkannya kerana tidak kesesuaian dengan semasa dan keadaan.
Oleh itu, jangan kita hanya tunjuk pandai kalau tak pandai dan jangan tunjuk alim kalau tak belajar. Jadilah ahli agama yang celik dan intelek bukan tidak celik dan cetek. Masyarakat di Malaysia sekarang sudah ramai berfikiran terbuka dan terpelajar..
Mazda Miata Car Club
9 years ago
No comments:
Post a Comment